Saturday, July 25, 2009

SI LELAKI CEMBURU..~

CEMBURU xdapat dipisahkan.. sama ada dlm diri pompuan atau lelaki.. kata org cemburu tanda sayang.. yup, aku setuju. kalo xsayang watpe nk cemburu kan.. kt bawah ni aku amik dr link :

http://www.tentangcinta.com/personaliti-cinta/index-cemburu-lelaki-mengikut-horoskop/

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja

Wednesday, July 22, 2009

AKTIVITI MENGEBOL aka BOWLING


untuk pengetahua kwn2..malam rabu telah digazetkan sebagai aktiviti malm luar koko.. huhuhu.. aku pon xtau la camner bole terjoin dorang.. so kalo xturun main, nti kena beb! meh aku perkenalkan member SDAHA aku..

cgu khatta- ketua paling senior dan paling tua. hhuhu.. umurnya sudah 40-an. so kiteorang kena hormat beb..mengajar di SDAHA sudah lebih 10 tahun, aku kira. dulu aku takut ng dia ni..sebab mukanya garang.. badannya juga besar.. huhuhu. ckGu KHB

DINO- umr dia sudah 32 tahun.. ader sorang anak lelaki..boboi namanya..sgt comel.. yg ni pon dah lama gak ngajar kt SDAHA..CGU MATH

DIN- yang ni posting saing aku..masa tuh kiteorg posting 14 org. umur 27 tahun n stil single n available. nak berkenalan? aku koop ng petanque sama ng dia. tahun lepas pernah gak ar digosipkan oleh cgu2 lain. tp aku kan dah ader abg sayang..huhu. CGU KHB N AKAUN

ODI-sama posting ng aku gak.. umur 25 tahun. sebaya. dah ader pakwe ye.. huhu. awek kelantan. keje2 yg berkaitan ICT, aku ng dia ar wat kt sekolah. CG MATH, ICT N PJK.

TEH - yang ni pon sama posting ng aku. umur 26 tahun, still single n available gak. asal terengganu.. sedang mencari2 kekasih hati.. huhu.. dulu cgu n budak2 tersalah antara aku ng dia.. ntah, muka xsama rasanya. tp sebab pkai spek kot. CGU MATH N PEND SENI.

TIMAH- ni pon sama posting ng aku. 25 tahun. sudah berpunya ye.. awek N9. sgt go lucky dan peramah mcm odi. tp bila dah ngamuk, bole tahan...! CGU MATH.

ISMA- yang ni pon sudah 32 tahun. ader sorang anak pompuan. dia ni masuk thn lepas sebagai GSTT jer, tp ni dah posting, juga di tempat y sama iaitu SDAHA. asal kedah..

MUSLIM - yang ni gang baru kiteorg.. sejak bulan 6 hari tuh, pas g endau-rompin ng wat jadual waktu ng aku, terus melekat ng geng2 kiteorg ni. huhu.. baru posting tahun ni. umur 24 tahun. sudah berpunya.. tahun depan mahu kawennn sudah..CGU MATH n SAINS.

SARIMAH- posting tahun lepas bulan 7. umur 25 tahun. status...xpasti, dah ader pakwe kot.. kelas GALUS setiap selasa aku ng dia la.. cgu MATH N KIMIA. tu pun ajar kimia sebab menggantikan si MUSLIM ni..

AKU- umor 25 tahun. sudah ader abg sayang.. tahun depan nak kawen.. kena pindah kluang. huhu.. CGU MATH, ICT N PJK. ader soklan tentang aku? ajukan saja.. hahah..

WELL..timah, odi, din, muslim adalah org2 y selalu aku carik bila ader problem selain abg jon aku.. cerita jer kt dorg..bila aku betul..dorang sokong..bila aku y salah..dorang pun jahat la beramai2 menunjukkan jalan y benar. sama lah cam dorang, bila salah..kiteorang basuh jer..tp kawan tetap kawan...hahaha.

FRIENDS FOREVER..

Monday, July 20, 2009

RESPECT

Selepas 3 hari 2 malam bercamping di sekolah sempena hari KOKO SDAHA, maka tamatlah semalam.. malam pertama kul 2 pagi aku dah landing dalam khemah..malam ke 2 kul 5 pg baru aku dapat tdo.. balik uma,6 pg sambung tdo jap.. kul 11 baru g sek.. penutup kul 1 tgh hari.


mase dok kemas2..jom wayang? ha ..biar betik dorang ni?? penat2 nk turun jb.. akhirnya kata sepakat dicapai 2 kete myvi berkonvoi ke CS, JB.. huhu.. abg, sori..ayang xgtau pon .. sampai di CS, dapat tiket kul 545pm_hary porter..adus.. so melantak McD dulu.. yang x tahan, dalam wayang dak2 ni sempat tertido..termasuklah aku.. aku pon xpasti tertido sebab cite yang bosan atau penat bercamping??? huhu.. what ever. sampai uma kul 10 mlm..pas solat..msg mr J jap, pastu aku pon terbongkang sebab penat.

malasnya nk bgun g sek!! mesti bangun... arini 4 masa jerk.. first time aku x dapat relif..selalunya dapat.. mayb pentadbir tau kot penat bercamping..huhu.

SEBENARNYA AKU NK BERCAKAP TENTANG RESPECT..hari ni aku masuk 4 akaun 2..LEpas rehat 4 akaun 4. ape yang nak aku ulas ialah:

RESPECT

1. RESPECT PADA CIKGU YANG SEDANG BERCAKAP
- dah la aku penat.. tapi budak2 ni.. aku pon x pahamla..ape masalah budak2 sekarang.. bila cgu bercakap, sibuk nak bercakap kt belakang. kelas2 yang aku masuk ni dari mgu lepas memang aku balun membebel jer.. hasilnya dak2 melayu wat homework yang aku bagi..malangnya budak2 cina masih begitu..aku denda sorang budak cina, berdirilah ko di depan kelas.. kalo dak akaun 2 tadi satu kelas aku xkasik duduk selama 35 min. kadang2 rase mcm bodoh jer cakap ng dak2 cina.. aku tau ko pandai math.. kalo yang melayunya plak..xberapa pandai..tapi mals wat keje. aku dapati dak lelaki melayu sgt malas membuat homework.. ape2 pun, mggu ni aku xnak marah2 lagi..slow2 lak, kena psiko sikit..kdg2 marah, kdg2 sporting, kdg2 tegas, kdg2 layan jer..

2. RESPECT PADA NASIHAT CIKGU
-aku pon xberapa paham..kenapa budak2 sekarang suka memberi 'ulasan' bila cikgu memberi nasihat.. masa berubah..kalo dlu kite takut cikgu tp skrg budak2 ader saja jwpnnya.. aku ni kdg2 laser juga..kalo budak jahat, kite kena lg jahat dr mereka..ini bukan zaman atok2 kita yang mana guru sgt2 dihormati..! walaubagaimanapon aku masih menghargai anak2 murid aku y masih hormat guru.

apepon aku masih mengakui kekurangan dan kelemahan diri ini..

Wednesday, July 15, 2009

soulmaTE

Aku google2..last2 jumpe nih.. 8 petanda dia adalah soulmate kita.. n ini ringkasannya..

Petanda 1
Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain.

Petanda 2
Kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara TIDAK DIBUAT2? Jika TIDAK, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah sedia menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu akan lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! ini kerana bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

HUHU..CUBA CHECK PETANDA2 DI ATAS..

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI mansuh??

Em.. PPSMI dimansuhkan pada tahun 2012? Ape pendapat korang? bagus atau tidak? Adakah pencapaian pelajar akan mendadak naik?
yang pasti kelas buddy support aku ntah ader lg ke x ni.. semalam baru jerk kelas..meriah! masing2 byk mulut..


BUDAK2 NI MEMANG SUKA POSING.. DALAM KELAS PUN SEMPAT..


YG BAJU BIRU TUH TEACHER KITEORG..SMLM BELAJA NENEK KEBAYAN CONCUCTION...

CHALLENGE TOWARDS EXCELENT



Pada 2 julai yang lalu.. MEJAR DR FAIZ KHALEED telah dtg ke SMK DATO' PENGGAWA BARAT.. Sekolah tuh sebelh sekolah aku jer.. aku jadi guru pengiring.. so, dak2 ni jalan kaki merentas pagar ke sekolah sebelah.. tapi aku nek kete..huhu, xmoh jalan kaki..

Daptla bergambar ng dr faeez, tapi gmbor xdapat lg. Em,best gak ceramah dia..ANTARA YANG AKU INGAT IALAH, KALO NAIK PAYUNG TERJUN, MASE MENDARAT KAKI KENA RAPAT, TEKANAN BOLEH MENYEBABKAN KAKI PATAH KALO KALI TERBUKA.. pastu tgok dak2 main helikopter simulator..mcm game jerk..aku ingatkan simulator betul..

A FAMOSA RESORT, MALACCA : Part 2


DORANG NI DTG NG FAMILY DORANG.. TP PERANGAI MCM BUDAK2..

AKU DAN SANG KELDAI..PATUTLA ORG CKP KELDAI NI DUNGU..


GAJAH COMEL..


POSING JAP..


AKU NG TIMAH BERENDAM DALAM SWIMMING POOL.. DIA TERER BEB BERENANG.. AKU JERK X RETI..


NMPAK X IKAN KT BELAKANG TUH BERENANG WAT BULATAN..??


NI MASE KT COWBOY TOWN..

Monday, July 6, 2009

A FAMOSA RESORT, MALACCA

Pada 28 JUN yang lepas..aku dan gang SDAHA telah pergi bercuti ke A Famosa, Resort.. memang syok!! kami bertolak pada jam 800 pagi..itupun mata aku lalok nk bangun.. aku telah membawa "sayang" aku sebagai kenderaan ke sana. perjalanan konvoi mengikut GEN2 putih kwn ku,dan lain2 berkumpul di Pagoh asalnye tetapi diubah, jumpa di jejantas Air Keroh.

Aku memecut dengan kelajun 110-130km/jam, sehinggalah kwn aku call..'weh, drive slow skit, ade speed trap. so aku kembali cooL anD drive 100km/jam shj. sehinggalah tiba di PAGOH, terdapat roadblock, fuh! selamat.. kete aku lepas.. dalam byk2 kete 3 je yang lepas, yang lain, saman la ko dapat!

Tiba di pagoh, sebanyak 7 buah kete gang2 SDAHA memulakan perjalanan ke destinasi..
Tempat pertama y kiteorg tuju ialah waterworld setelah banglo yang kitaorg booking hanya bole di check in pada jam 4 ptg. mase tuh baru kul 12pm, panas2 beb kt waterworld..smpai kecut dan hitam sunburn aku dibuatnya. kami tinggal di banglo 4 bilik. 2 banglo AL FARO dibooking.

GAMBAR REAL akan di post kemudian.. x sempat nk transfer dr hset aku nih.. :)


HIGH SPEED SLIDE yang aku naik..Fuh, memang tinggi beb!!! cuak memula..


inilah katil tempat aku beradu..sebilik 2 org..besar beb katil, bole sumbat 4 org!


RED INDIAN SHOW STUNT..memang stunt habis.. kwn aku xpasal2 kena tarik ng red indian ni..nasib ko la..hahaha


swimming pool depan banglo aku.. sempat 3 jam berendam dalam tuh... huhuhu.